Rumusan/maklumat
Maklumat ringkas bahan yang dikumpul.
Pada perancangan saya,proses yang mula sekali saya lakukan dengan menyediakan satu folder khusus untuk bahan atau maklumat untuk assignment Kursus BMM 3105.Terlebih dahulu saya kena pasti bahan atau maklumat yang sesuai pada pandangan saya.Saya memutuskan untuk memfokuskan kepada bidang tatabahasa dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu.Semasa mencari bahan saya kenal pasti bahagian tatabahasa yang saya hendak muat turun dalam laman web saya nanti secara berperingkat-peringkat.
Disamping mencari maklumat atau artikel,saya akan baca samada artikel ini sesuai atau tidak.Setelah dapat yang sesuai saya akan salin dan simpan di dalam fail yang telah dibina.Begitulah seterusnya saya lakukan berperingkat-peringkat sehingga selesai carian bahan atau maklumat seperti perancangan yang telah dibuat.
Semasa carian bahan atau maklumat,saya akan baca samada bersesuaian atau tidak.Disamping itu ,saya dapat menambah pengetahuan tentang topik-topik yang dicari.Saya akan ambil artikel yang bersesuaian.Seterusnya saya akan simpan maklumat-maklumat dalam fail.Dari artikel tersebut,saya akan meneliti dan membuat pengeditan agar lebih baik dan bersistematik.Selain itu,saya membuat satu draf pembahagian topik-topik yang lebih bersesuaian.
Artikel pertama yang saya cari adalah tentang definisi tata bahasa.Secarai ringkas dari pembacaan. Tatabahasa adalah
bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang
ilmu yang mempelajari bahasa iaitu linguistik. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan
semantik.
Seterusnya artikel kedua ialah Penggolongan Kata Nama dan latihan yang berkaitan topik tersebut.Penggolongan kata Nama ialah dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu Kata Nama Am ,Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama.Kata Nama Am terbahagi kepada kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Kata Nama Khas ialah nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Kata ganti nama dibahagikan kepada iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.Saya kemukakan juga latihan gantinama diri sebagai pengukuhan.
Saya mencari juga artikel tentang Kata Sendinama.Sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama .Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.Kemudian saya cari satu bahagian soalan berkaitan kata Sendinama untuk pengukuhan.
Selepas itu ,saya mencari pula artikel berkaitan Kata Hubung.Dari pembacaan,kata hubung digunakan untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. Selain itu dimasukkan juga satu bentuk soalan mempunyai kata hubung.
Banyak laman web yang saya rujuki berkaitan Kata arah.Oleh itu saya mengambil satu saja artikel untuk dimuat turunkan.Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, dan hala Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului oleh kata sendi di,dari, dan ke. Saya sediakan sedikit soalan yang berkaitan kata arah.
Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) adalah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. Di situ juga saya sediakan soalan yang mengandungi Kata kerja.
Kata ganda boleh juga digunakan dalam penulisan atau perbualan seharian.Kata ganda adalah sebagai mengukuhkan lagi penulisan mahupun perbualan seseorang. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Kata bilangan pula ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.Terdapat juga latihan sebagai rujukkan.
Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
Penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
Nada percakapan seseorang untuk menyatakan perasaan perlu didahulukan kata seru agar pendengar faham perasaan orang yang bertutur.
Selain itu saja mengambil tatabahasa yang berkaitan dengan penandawacana. Penandawacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penandawacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai perpautan yang lengkap.Sebuah penulisan akan baik sekiranya terdapat penandawacana yang berkaitan .
Saya juga mencari dan mendapat artikel jenis-jenis ayat. Jenis - jenis ayat seperti ayat penyata,ayat tanya,ayat seruan,ayat permintaan,ayat silaan dan ayat perintah.Setiap jenis ayat mempunyai fungsi masing-masing dalam penggunaan Bahasa Melayu.
Penjodoh bilangan pula digunakan semasa menulis atau bertutur dalam Bahasa Melayu. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan dan juga untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Selain itu saya memilih satu artikel soalan-soalan penjodoh bilangan untuk menambah pemahaman setiap pembaca.
Simpulan bahasa juga dikenali bunga bahasa.Tujuannya bagi memperindahkan lagi dalam penggunaan Bahasa Melayu dan mendapat maksud yang tersirat disebalik simpulan bahasa. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Saya juga sertakan latihan-latihan yang berkaitan dengan simpulan bahasa.
Tanda baca adalah simbol atau lambang yang penting semasa membaca atau menulis. Tanda baca digunakan untuk memberi syarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam pembacaan.Tanda baca diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
Tanda baca utama yang sering digunakan seperti tanda noktah atau titik ( . ), tanda koma( , ),tanda tanya atau soal ( ?),tanda seruan( ! ),tanda sempang atau sengkang ( - ) ,tanda noktah bertindih( : ) dan tanda pengikat kata atau petikan ( “……” ).
Dalam Bahasa Melayu,penguasaan kemahirannya bukan sahaja dilihat dari segi penggunaan tatabahasa sahaja tetapi juga dalam bentuk penulisan samada pengolahan ayat-ayat,ejaan,tatabahasa dan perbendaharaan kata.Dalam laman Web saya sertakan gambar-gambar sebagai bahan rangsangan dalam membuat latihan penulisan.
Akhir kata bahan-bahan atau artikel-artikel yang saya kumpul dapat menjadi bahan rujukan dalam pelajaran Bahasa Melayu
.