Kata Nama
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama
Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
|
Manusia |
Binatang |
Tempat |
Kata Nama Am |
murid |
burung |
pasar |
pekebun |
kucing |
padang |
|
|
Kata nama khas hidup manusia |
Kata nama khas hidup bukan manusia |
Kata nama khas tak hidup |
Kata Nama Khas |
Ahmad |
Lassie |
Pahang |
Edelina |
Si Belang |
Pulau Pinang |
|
Chandran |
Sang Kancil |
Gunung Tahan |
Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)
Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama Diri Pertama |
Penggunaan |
Contoh Ayat |
Aku |
Merujuk kepada diri sendiri |
Aku hendak pergi ke perpustakaan |
Beta |
Digunakan oleh kerabat diraja |
Beta berharap negara bertambah maju dan makmur. |
Hamba |
Merujuk kepada diri sendiri |
"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah |
Kita |
Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua |
"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri. |
Kami |
Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua |
"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli. |
Saya |
Merujuk diri sendiri |
Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif. |
Kata Ganti Nama Diri Kedua |
Penggunaan |
Contoh Ayat |
Anda |
Merujuk diri orang kedua |
Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT. |
Awak |
Merujuk diri orang kedua |
Awak disuruh membersihkan bilik darjah. |
Engkau |
Merujuk diri orang kedua |
Engkau hendak pergi ke kedai buku? |
Kamu |
Merujuk diri orang kedua |
Kamu mesti belajar dengan lebih tekun. |
Kata Ganti Nama Diri Ketiga |
Penggunaan |
Contoh Ayat |
Beliau |
Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati |
Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan. |
Baginda |
Digunaan untuk kerabat diraja |
Baginda telah berangkat ke luar negeri. |
Dia |
Digunakan untuk diri orang ketiga |
Dia datang awal ke pejabat sekolah |
Mereka |
Bilangan orang lebih daripada seorang |
Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik. |
Kata Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri |
Penggunaannya |
aku (tunggal) |
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan |
saya (tunggal) |
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi |
hamba (tunggal) |
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu |
patik (tunggal) |
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan |
beta (tunggal) |
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat |
kami (jamak) |
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua |
kita (jamak) |
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua |
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk |
contoh kata nama diri pertama |
tunggal |
beta, patik, aku, saya |
jamak |
kita, kami, kita orang |
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk |
contoh kata Ganti Diri kedua |
Tunggal |
tuanku, wak, kamu, anda, engkau |
Jamak |
kalian |
Kata Ganti Diri |
Penggunaannya |
anda (tunggal) |
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita |
awak (tunggal) |
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
engkau (tunggal) |
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan |
tuanku (tunggal) |
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja |
kalian (jamak) |
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap |
kamu (tunggal dan jamak) |
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
|