Kesimpulan Bahasa
Simpulan bahasa
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Sebagai contoh; ada hati yang bermaksud ada kemahuan, alas perut pula bermaksud makanan yang dimakan sedikit supaya tidak lapar.
Beberapa contoh simpulan bahasa:
Simpulan Bahasa |
Maksudnya |
||
abu dajal |
orang yang sangat jahat dan menghalang pekerjaan kebajikan |
||
abu jahal |
perosak masyarakat atau orang yang menghalang kerja-kerja baik |
||
abu nawas |
orang yang bijak melepaskan diri |
||
ada angin |
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
||
ada hati |
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
||
air muka |
rupa atau wajah seseorang |
||
ajak-ajak ayam |
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
||
ada bakat |
mempunyai tokoh atau perwatakan |
||
alas perut |
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
||
anak angkat |
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
||
anak bapa |
anak yang disayangi oleh bapa |
||
anak buah |
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
||
anak emas |
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
||
angkat kaki |
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
||
atas angin |
negara-negara di sebelah barat |
||
atas pagar |
tidak menyebelahi mana-mana pihak |
||
ayam tambatan |
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
||
bahasa pasar |
bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
||
banyak mulut |
orang yang banyak bercakap |
||
batu api |
orang yang suka menghasut |
||
batu loncatan |
sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
||
bau-bau bacang |
tali persaudaraan yang jauh |
||
bawah angin |
negara-negara di sebelah timur |
||
bekas tangan |
hasil kerja tangan seseorang |
||
beralih akal |
berubah fikiran atau pendapat |
||
beralih angin |
pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
||
berat hati |
enggan; malas |
||
berat mulut |
pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
||
berat tulang |
orang yang malas bekerja |
||
berat sebelah |
tidak berlaku adil |
||
berbelah bagi |
sukar untuk membuat keputusan |
||
berhati batu |
degil dan sukar menerima nasihat |
||
berhutang budi |
patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
||
bermuka dua |
tidak jujur |
||
bertikam lidah |
bertengkar; berdebat |
||
besar hati |
bergembira atau berbangga akan sesuatu |
||
besar kepala |
degil; sukar menerima pandangan orang lain |
||
buah hati |
orang yang dikasihi atau dipuja |
||
buah mulut |
sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
||
bush tangan |
hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
||
bulat hati |
bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
||
buruk siku |
mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
||
buta hati |
tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam |
||
buta kayu |
orang yang tidak berpelajaran |
||
cahaya mata |
anak |
||
cakar ayam |
tulisan yang buruk |
||
campur tangan |
turut serta atau mencampuri urusan orang lain |
||
cangkul angin |
pekerjaan yang sia-sia |
||
cari jalan |
berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu |
||
cepat tangan |
suka mencuri |
||
dalam tangan |
sudah pasti akan diperoleh |
||
darah daging |
anak kandung |
||
durian runtuh |
keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
||
gaji buta |
mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh |
||
gelap mata |
hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
||
harga diri |
maruah atau kehormatan seseorang |
||
harga mati |
harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi |
||
hati batu |
degil atau keras hati |
||
hati tikus |
penakut, tidak berani |
||
hidung tinggi |
sombong atau tinggi diri |
||
hilang akal |
tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri |
||
ikat perut |
menahan lapar kerana berjimat |
||
iri hati |
menyimpan perasaan dengki atau cemburu |
||
isi hati |
perasaan dalam hati |
||
jalan buntu |
tidak ada jalan penyelesaian |
||
kacang hantu |
orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
||
kaki ayam |
tidak berkasut atau berselipar |
||
kaki bangku |
tidak berkebolehan bermain bola |
||
kaki botol |
|