Kata Sendi nama
- Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
- Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
- Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
- Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI |
PENGGUNAANNYA |
AYAT CONTOH |
di |
· Digunakan untuk tempat. |
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping. |
ke |
· Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. |
1. Mereka akan ke Ipoh esok. |
dari |
· Digunakan untuk tempat, arah atau masa. |
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang. |
daripada |
· Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. |
1. Surat itu saya terima daripada Yatie. |
Kepada/ akan/terhadap |
Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. |
1. Devi suka akan rambutan. |
KATA SENDI |
PENGGUNAANNYA |
AYAT CONTOH |
bagi/untuk |
· Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. |
1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang dipungut. |
pada |
· Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. |
1. Peah tiba pada pukul lapan malam. |
demi |
· Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan |
1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan negara. |
tentang |
· Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan |
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara. |
seperti/ |
· Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. |
1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai orang berada. |
dengan |
· Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. |
1. Izzat bermain dengan Hazwan. |
sejak/semenjak |
· Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa. |
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan. |
oleh |
· Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- |
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah. 2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka. |
hingga/ sampai |
· Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu. |
1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/ sampai larut malam. |
dalam/ antara |
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. |
1. Dalam hal ini, kita semua setuju. |